Tuesday, August 24, 2010

Tutup Mulut ketika menguap

Setiap manusia yang hidup di dunia ini sudah tentu pernah menguap. Hatta binatang seperti kucing pun menguap. Bagi kita (manusia dan jin) junjungan kita Nabi Muhammad (Sollalla hu alaihi wasallam) telah memberi petunjuknya dalam hal ini.

1. Menahan menguap mengikut yang termampu terutama ketika solat

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi sollalla hu alaihi wasallam bersabda: “Menguap dalam sembahyang itu adalah (berpunca) daripada syaitan; kerana itu apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menahannya sesanggupnya.” - At-Tirmidzi


Alahai..Menguap sungguh ....

2. Menutup mulut untuk menahan menguap

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)" - riwayat Muslim, dari Abi Said Al-Khudri

3. Dilarang mengeluarkan suara atau bunyi ketika menguap

Nabi Muhammad sollalla hu alaihi wasallam bersabda  “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” - riwayat Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Wallahu A'lam...

0 comments:

Post a Comment