Sunday, August 29, 2010

Oh anak !



Dunia hari ini sudah terlalu sukar untuk menjumpai anak yang bangun menghormati kedua orang tuanya apabila mereka datang, seperti mana adab yang di ajarkan oleh Islam, seorang anak mestilah bangun memberi penghormatan kepada keduanya.
Alqamah, satu nama pada ketika dahulu pernha mengejar dunia dengan sikapnya yang mendahulukan  isteri dari ibu sendiri,Namun, kini sifatl alqamah sudah merebak bahkan lebih teruk dalam masyarakat kita.Kata-kaat orang tua sudah tidak diendahkan lagi.Bahkan kata isteri bagaikan perintah mutlak kepadanya.
Si Tanggang moden sudah tidak mengemudi bahtera belayar di latan.Kini Tanggang sudah memandu motor, kereta , tanpa memalingkan muka pada seraut wajah tua ibun ya di tepi jalan yang mengharapkan ehsan kerana malu dia ibuku.
Juraij hari ini tak seperti juraij semlam.Juraij semalam, pada zaman fitrah tidak menyahut panggilan ibu kerana menyempurnakan solatnya.Tapi Juraij sekarang, asyik melayari internet, leka bermain sms dan saying untuk meninggalkan kaca televisyen
.

Tabiat Kanan semakin menjadi-jadi.Anak meninggalkan agama kedua orang tuanya lantas menjadi murtad.Bezanya Kanan anak Nabi Nuh mati kelemasan di dalam ombak besar, sedangkan Kaan sekarang maut kelemasan kerana meneguk air kencing syaitan.


Di manakah akan dapat di cari seorang anak yang bertutur bicara selembut bayu, penuh kesopanan dengan kedua ibu bapanya, di manakah akan di jumpai anak soleh yang mendoakan untuk kedua ibu bapanya , dimankah akan ditemui anak yang sanggup mengiringi orang tuanya di dalm perjalanan ? semua ini bagai mencari embun di bawah panas terik matahari.Kedua orang tua tak pernha mengharap balasan dari si anak.Mereka Cuma mengharap kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat buat seorang anak.Kejayaan itulah paling memuaskan dan mengembirakan kedua orang tua – Syeikh Zamri Bin Mat Isa as-Syati-

0 comments:

Post a Comment