Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda -pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda -pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita. Moga dimanfaatkan, jangan hanya pemurah dengan rakan - rakan tetapi kedekut dengan ibubapa sendiri. Hari-hari belanja kawan makan, tetapi ibubapa sendiri seposen haram pun tak merasa titik peluh kita .... Allahu ... Allah.
Seorang Hamba Allah,
Berasal dari Sabak Bernam, Selangor
Masih menuntut Ilmu,
Sekarang penuntut di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan
Boleh dihubungi melalui :
pemudasufi91@gmail.com/
*Tujuan penghasilan blog ini kerana ingin mengunakan blog ini sebgai medium untuk berdakwah memandangkan dunia sekrang dunia yang penuh dengan pancaroba dan fitnah.semoga di beri kekuatan oleh Allah.
0 comments:
Post a Comment